Chapit Zulkefli: Aku Semakin Hampir DenganNYA

Thursday, April 2, 2009

Aku Semakin Hampir DenganNYA


Firman Allah SWT bermaksud;
"Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"


(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

-------------------------------------------------------------------------------

p/s: sebenarnya.. aku teringat kat semua arwah2 member aku,esp arwah Budiman. aku sempat berbual2 dgn dia sehari sebelum dia meninggal tapi xsangka keesokkannya dia meninggal. then teringat kat arwah cikgu aku (memang rapat sangat dengan dia), dia berubah setelah mak dia meninggal, tapi xsangka dia menyusul beberapa bulan kemudian. then arwah Moyang aku yang meninggal di depan mata aku sendiri.. aku dapat tengok saat2 Allah menjemput dia pulang, arwah ibu susuan aku, 2 hari sebelum dia meninggal aku rasa sebak sangat dalam pelukan dia bila dia pesan kat aku, "Mak tak peergi mana2, tapi lepas ni abang kena jaga diri. mak sayang abang". aku rasa semua memori ni menyedarkan aku yang aku terlalu banyak mengalami kehilangan orang2 yang tersayang. Allah ambil mereka lebih awal dari diri aku. aku rasa bergelumang sangat dengan dosa2 aku. aku sedar semua ni. dan setiap hari, bagiku kematian itu terlalu hampir.sebab tu aku sentiasa cuba untuk tepati masa dan menghargai masa, detik dan saat yang ada. kerana bagiku, aku semakin hampir denganNYA. apakah esok mahupun sekejap lagi giliranku? hanya DIA yang tahu... AL-FATIHAH

-shafiQ

0 response:

Post a Comment