Chapit Zulkefli: Terlajak Perahu Boleh Di Undur,Terlajak Kata Buruk Padahnya

Friday, April 10, 2009

Terlajak Perahu Boleh Di Undur,Terlajak Kata Buruk Padahnya


Secara berterus terang, saya ingin menegur beberapa perkara.
Kepada yang berkenaan, sila ambil perhatian.
Bukan sindiran atau niat untuk mengata,
tapi sebagai seorang saudara seagama,
saya secara tidak langsung terpanggil untuk memberi sepatah dua kata.
Adapun kita dalam 1 komuniti mahupun dibawah 1 bumbung sama ada tempat kerja mahupun dalam 1 rumah,
apabila kita memulakan perbicaraan mahupun perbualan,
berfikir dahulu sebelum berkata-kata,
andaikata anda tidak mampu untuk berfikir secara rasional,
sama da pada ketika itu anda didalam keadaan yang tertekan mahupun marah pada seseorang,
jangan jadikan orang lain sebagai mangsa untuk kamu lepaskan geram.
Kita sebagai manusia Allah ciptakan berpasang-pasang.
Adapun kita tidak mampu atau boleh hidup tanpa pertolongan orang lain.
Andainya ada pihak yang meminta pertolongan dan mengharapkan kita pada ketika itu,
apalah salahnya jika kita mengukirkan senyuman dan melafazkan kata-kata yang sedap untuk didengar agar segala kesusahan mahupun kesengsaraan yang ditanggung olehnya terasa ringan disebabkan oleh perhatian yang kita beri itu tadi.
Andaikata pada ketika itu kita sedang dalam keadaan yang sibuk,
katakan padanya, "Sebentar ya?", ataupun, "Saya akan tolong awak sebentar lagi, harap awak dapat tunggu sekejap", ataupun lain-lain perkataan yang menunjukkan anda ingin menolongnya walaupun anda sedang dalam masalah.
Jika anda merasakan anda tidak mampu untuk menolong atau berbuat sedemikian,
katakan padanya dengan baik atau lemah lembut, "Maaf ya awak, bukan saya tak nak bantu, tapi saya betul-betul tak mampu", ataupun lain-lain perkataan yang menunjukkan anda mahu menolong dia, tapi anda tidak dapat berbuat demikian.

Jagalah lidahmu dari menuturkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain.
Bukan setiap waktu kita di atas,
kadangkala kita juga memerlukan pertolongan orang lain.
Hidup ini umpama roda.
Fikir-fikirkanlah..
"Diam itu lebih baik dari berkata-kata..."


-shafiQ

2 response:

ian-xyme said... Best Blogger Tips

erm aku setuju :)

chapit said... Best Blogger Tips

ayy..
wc pian.

Post a Comment