Chapit Zulkefli: Kekesalan...

Tuesday, September 15, 2009

Kekesalan...


Bertemu kembali. Takde ape yang nak diperkatakan kali ni.
Just nak melahirkan kekesalan.
Ya, perasaan kesal. Kemudiannya lahir penyesalan.
Samada mendalam ataupun sedikit kesannya pada diri kita,
Hanya kita sendiri yang tahu.
Rambut sama hitam, tapi hati lain - lain.
Senyuman di bibir terukir mesra,
perit luka di hati menanggung derita.
Mengenangkan kembali apa yang berlaku pada hari ni,
Pada orang lain mungkin hanya sedikit perencah atau lumrah kehidupan.
Tetapi pada yang mengalaminya, mungkin satu penyiksaan atau penyesalan yang mendalam.
Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku atau dilakukan.

Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan yang dituntut.
Ya, ilmu amat tinggi martabatnya didalam hidup kita sebagai seorang Muslim.
Kita dituntut untuk menimba ilmu dari dalam buaian sehinggalah ke liang lahad.
Dari itu, kita tahu bahawa ilmu amat dititikberatkan didalam hidup kita.
Dengan ilmu, yang buta menjadi celik, yang bisu boleh bersuara, yang pekak mampu mendengar, yang sesat kembali ke pangkal jalan.
Segala-galanya mampu diubah apabila kita memiliki ilmu.
Tanpa ilmu, siapalah kita.
Tapi harus diingat, tanpa pendidik atau insan yang bergelar guru, atau apa jua gelaran yang diberi kepada beliau, selagi beliau mencurahkan ilmu pengetahuan dan keringatnya demi mendidik kita, kita tak mungkin mampu berdiri di sini, hatta melayari internet seperti yang sedang kita lakukan sekarang.
Semuanya bermula dari guru.

Oleh itu, kita amat dituntut berbakti kepada guru, menghormati beliau dan juga mendoakan kesejahteraannya.
Ya, kadang kala attitude seseorang guru itu mengguris hati kita, mungkin tegurannya, atau tingkahlakunya, perbuatannya, atau pa-apa yang kita rasakan tidak kena dengan selera atau kemahuan kita.
Sememangnya darah muda sebegitu, manis dan mudah terasa.
Tapi, guru juga merupakan manusia biasa, seperti kita.
Mereka bukanlah seorang malaikat ataupun nabi, tapi hanya manusia biasa.
Seperti kita juga. Adakalanya mereka juga mempunyai masalah seperti kita.
Tambahan pula bagi mereka yang berkeluarga.
Memikirkan hal rumah tangga serta tekanan kerja.
Tapi demi tanggungjawab dan juga niat murni mereka, tetap mereka gagahi untuk mendidik kita semua.
Bukanlah saya menulis sebegini rupa untuk mendapat pujian mahupun sanjungan.
Ataupun markah/pointer lebih, sekadar memberi kesedaran kepada kita semua tentang bertapa pentingya kita menghormati seorang guru.
Kita inginkan ilmu yang dimiliki dari dirinya,
Tapi apabila kita tidak menghormatinya, mana mungkin kita peroleh keberkatan dari ilmu yang kita peroleh darinya?
Apa salah beliau andai kata pabila ujian kita sering kali gagal tapi kita salahkan dirinya?
Hendaklah juga kita mencari usaha sendiri untuk menjadi maju.
Mungkin terpaksa bekerja keras, berusaha lebih, berhempas pulas,
Insya Allah, segalanya dipermudahkan apabila kita menganggap pekerjaan kita itu satu ibadah,
ikhlas kerana Allah SWT. Jadi, tepuk dada tanyalah selera.

Berbalik kepada tajuk saya tadi iaitu perasaan kesal.
Ya, kesal. 5 huruf yang agak kerap bermain di dalam hidup saya.
Sebenarnya, ketika di bangku sekolah dulu, saya juga tergolong dalam golongan pelajar yang nakal, tapi bukanlah jenis yang ponteng, smoking, etc n etc.
Hanya nakal di dalam kelas.
Mengenangkan kembali sekitar tahun 2003 - 2005,
Pada ketika itu saya berumur lingkungan 15 tahun,
Teringat kembali kepada perangai nakal saya.
Ketika itu saya baharu sahaja berpindah dari SMKA ke sekolah harian biasa,
dan saya ditukarkan ke Kelas Aliran Agama, KAA.
Subjek elektif saya pada ketika itu Bahasa Arab Komunikasi dan Kemahiran al-Quran.
Ketika itu, agak kurang berminat dengan Bahasa Arab, kerna bagi saya agak sukar untuk menuturkannya.
Tiap kali di dalam kelas, saya sering tidur dan tidak menghiraukan guru yang mengajar di hadapanan kelas.
Kerap juga saya ponteng kelas tambahan yang dibuat.
Dan setiap kali peperiksaan mahupun ujian, saya sering memperoleh markah yang paling rendah di dalam kelas.
Bukan kerana saya tidak membuat latihan atau mengulangkaji.
Tapi kerna saya tidak menghormati guru saya.
Ya, saya agak biadab ketika itu.
Walaupun tidak bedepan, tetapi saya memberontak dengan cara halus.
Apalah daya, ketika itu saya terlalu menurut persaaan tanpa berfikir panjang.

Pada suatu hari, beliau berjumpa dengan saya dan berkata kepada saya, "Shafiq, ustazah nak tengok kamu berjaya. Ustazah tak marah kamu, cuma ustazah nak kamu gembira dimasa hadapan. Ustazah tak rugi apa pun, cuma kamu yang rugi kalau kamu berterusan macam ni.."
Tersentak hati saya ketika itu, bagaikan direntap dan diruntun-runtun.
Terasa sebak di dada. Masih terngiang-ngiang hingga kini riak wajah dan nada suaranya.
Sejak dari itu, saya mula berubah untuk tekun belajar.
Tapi ternyata segalanya terlambat.
Seorang kenalan rapat memberi semangat kepada saya setelah melihat saya hampir-hampir berputus asa, "Shafiq, kalau kamu tak boleh lulus paper ni, try struggle betul-betul paper ni demi saya. Saya yakin kamu mampu".
Ya, pada ketika itu saya menyimpan perasaan pada rakan ni.
Tapi dapat dihidunya.
Agak malu pada waktu itu.
Hmm... Akhirnya, kami semua menduduki peperiksaan.
Dengan doa seorang guru, saya akhirnya lulus subjek Bahasa Arab Komunikasi dengan gred D.
Walaupun D, saya tetap bersyukur kerana pintu hati saya dibuka untuk kembali ke pangkal jalan.
Saya amat bersyukur kerana memperoleh seorang guru yang amat penyayang dan berhati murni sedemikian rupa.
Sehingga kini kami masih berhubungan.
Bertanyakan khabar dan perkembangan terkini.

Jadi, itulah yang saya nak sampaikan.
Kekesalan. Yang menerbitkan penyesalan.
Sama ada ia memberi kesan kepada kita atau tidak,
Terpulang pada yang menilai.
Jadi, hormatilah guru walau siapapun beliau.
Walaupun beliau mengajar kita satu perkataan,
Beliau tetap seorang guru.
Tanpa doa dan keredhaannya,
Siapalah kita tanpa beliau...

2 response:

sofiya miller arch said... Best Blogger Tips

insyallah, rsenye mmg gunekan brain n hati sendiri kot.. :]

tp macm hilang idea la bile da tepandang y kat atas tu "Make sure that you comment about my entry from the bottom of ya heart and using your own brain."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

alhamdulilah, da salurkan kesal tu ke arah y betul (rasenye la).. tp stil namenye kesal, kan? Baginda Nabi saw xsuke org y mnyesal..

btw..good luck..

Allah, yubarik fik~~~ :)

Chapit said... Best Blogger Tips

thanks sofiya~

Post a Comment