Chapit Zulkefli: Majlis Berbuka Puasa & Makan Malam @ USM

Thursday, September 10, 2009

Majlis Berbuka Puasa & Makan Malam @ USM

Majlis Perbincangan Meja Bulat Pemimpin Pelajar & Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Salam. Bertemu kita kembali. Sebenarnya tak banyak yang nak diceritakan, just kebetulan, semalam saya dijemput bersama 3 orang rakan dan pegawai pengiring ke Majlis Berbuka Puasa dan Makan Malam di USM, Penang. Sepatutnya mensyuarat yang diadakan pada hari yang sama juga perlu kami hadiri tapi atas sebab-sebab tertentu, kami terpaksa lepaskan peluang untuk duduk semeja bersama para pemimpin pelajar yang lain. Perbincangan berkisarkan tentang 1 Siswa 1 Malaysia, kerana kami tidak berada disana, jadi tak dapat nak diulaskan disini tentang apa yang dibincangkan berserta resolusi dari hasil perbincangan tersebut.

Majlis berbuka puasa tersebut diadakan di Perkarangan Masjid al-Malik Khalid, USM. Ianya dihadiri oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Sharif, DYMM Tuanku Canselor dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Sultan Kedah dan DYMM Tuanku Sultanah Kedah. Acara dimulakan dengan bacaan al-Quran, seterusnya diserikan lagi dengan ucapan YDP Majlis Perwakilan Pelajar USM, Encik Mohd. Shafiq Abdul Aziz, seterusnya ucapan oleh Naib Canselor, Y.Bhg Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak. Selain itu, DYMM Tuanku Canselor melancarkan penulisan naskhah al-Quran, buku "al-Quran dan Astronomi" serta Surah Yaasin Tulisan Tangan Edisi Ulang Tahun ke-40 USM dan menyampaikan pinjaman Mikro-Pinj USM kepada 2 orang penerima. Seterusnya, penyampaian AkuJanji/Resolusi 1 Siswa 1 Malaysia oleh wakil pelajar kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Majlis diakhiri dengan Berbuka Puasa dan Solat Maaghrib berjemaah.

0 response:

Post a Comment