Chapit Zulkefli: Di sepanjang 2009

Wednesday, January 13, 2010

Di sepanjang 2009

Rasanya masih belum terlambat utk menghabiskan cerita 2009 walaupun sudah 13 hari berada di Januari 2010. Sepanjang berada di 2009, banyak perkara yang berkisar tentang budi. Ya, budi. Terlalu banyak yang hendak diperkatakan tentang budi pada waktu itu. Terhutang budi, termakan budi, berbudi kepada yang perlu, semuanya tentang budi.
Walaubagaimanapun, berhati-hatilah dengan budi kerna kelak merana diri.
Budi bisa mengangkat diri kita serta membinasakan kita.
Huh, entah apa yang aku cuba nak sampaikan di sini, but apabila orang memberi budi yakni berbudi, ucapkanlah "Terima Kasih".
At least, orang tahu kita mengenang jasanya walaupun beliau tidak mendapat imbuhan/balasan. Then, hormatilah dia.
Berhati-hati apabila menerima budi baik seseorang.
Kadangkala perbuatan baik itu ada sesuatu yang tersirat.
Dek kerna terhutang budi, anda pun tahu akibatnya..
So.. Sekian sahaja nasihat yang tak seberapa puitis dan bermakna ni...
Ambil mana yang berguna, buang mana yang tak patut.
Sekian, terima kaseh....

p/s: Bersyukurlah dengan apa yang ada, tak usahlah meminta-minta atau mengada-adakan sesuatu yang tiada. Ukur baju badan sendiri..

0 response:

Post a Comment