Chapit Zulkefli: Tahniah :)

Monday, June 21, 2010

Tahniah :)


Alhamdulillah.. Tahniah kepada kalian. Tahniah kerana sudah bertunang, tahniah kerana sudah mendirikan rumah tangga, tahniah juga kerana berjaya mengadakan hubungan yang baru beserta teman baru. Diharapkan agar kalian sentiasa bahagia disamping si dia. Tidak dilupa juga dengan ucapan agar kalian tidak mengulangi kesilapan kita yang lalu, agar kalian lebih tenang dan selesa di sampingnya. Andaikata tulisan kali ini agak mengganggu waktu rehat kalian, maaf kupinta dari kalian. Sebenarnya, hati ini amat perdih tatkala orang lain berbahagia. Ya, apa daya. Nasib telah tertulis sebegini rupa. Mungkin juga kerna hukum karma. Siapa tahu? Apa-apa pun, tidak apa yang lebih menggembirakan setelah melihat kalian berbahagia mempunyai teman. Doaku untuk kalian agar kebahagiaan kalian berkekalan. Lupakan segala kenangan yang mungkin terpalit atau tertulis di kamar hati kalian. Kerna semua itu mampu melukakan luka yang lama. Akhir kata, semuanya kerna kenangan dek lara hati. Ya, agak berbunga nukilan kali ini. Hanya sekadar untuk curahkan rasa hati yang berbelah bagi dan juga serabut. Mungkin kerna perasaan yang berkecamuk. Ah, biasalah. Alah tegal biasa. Apabila bangun keesokkan harinya, INSHA ALLAH, semuanya kembali seperti sediakala. Akhir kata, kenangan yang pernah kita kongsi bersama tak mungkin akan ku lupa..

-N

0 response:

Post a Comment