Chapit Zulkefli: Hormatilah Mereka

Friday, January 14, 2011

Hormatilah Mereka

Hormati pensyarah anda,
Hormati pensyarah anda,
Hormati pensyarah anda,
Beliau adalah sumber ilmu kita,

Tidak kira kita punyai sumber lain seperti Google yang sentiasa tersedia,
Tidak kira kita ada nota yang tidak terbilang bilangannya.
Beliau adalah guru kita.

Walaupun tidak dipanggil Cikgu,
Beliau adalah pensyarah kita, guru kita.
Hormatilah mereka.

Kerana tiap hari kita menagih ilmu dari mereka.
Andai kita berjaya, mereka tidak untung apa apa,
Andai kita gagal, mereka tidak rugi apa apa.
Gaji tetap berjalan seperti biasa.

Yang untung dan rugi adalah kita.
Kerana takbur dan bongkak dengan mereka.
Apakah anda suka kiranya anda menabur budi,
Sedangkan orang lain tidak menghargai?
Kiranya begitu juga keadaannya andai kita tidak menghormati mereka.

Apakah anda tidak malu apabila meminta pertolongan mereka sedangkan anda tidak menghormati mereka?
Renung - renungkan :)

3 response:

cik hani said... Best Blogger Tips

betul tu chapit.hehehe.

nisa sudah! said... Best Blogger Tips

erk?
hahaha

Chapit Zulkefli said... Best Blogger Tips

No offence ;)

Post a Comment