Chapit Zulkefli: Pemilihan Kontigen Boling PBU

Wednesday, January 26, 2011

Pemilihan Kontigen Boling PBU

Peserta yang hadir. Gambar ihsan dari Iera Faiera. Thanks to Asmah for tagging me up~
Pemilihan diadakan pada 24 Januari 2011 pada pukul 5.30 petang bertempat di BJ Bowl.
Dari peserta yang hadir, hanya 3 lelaki dan 3 perempuan akan dipilih untuk mewakili Politeknik Balik Pulau untuk mewakili acara boling yang akan diadakan di Politeknik Merlimau, Melaka nanti.

Hari tu kelas habis awal. Aku pon balik la awal. Tetiba hujan turun dengan lebat, dan maka aku pon bergegas la bersedia nak pergi ke selection tu. Ye la, dah hujan. Aku lak tak dak transport. Almaklumlah, pengguna bas RapidPenang yang tegar. So, bergegas la menaiki bas petang tu ke BJ.

Alhamdulillah sampai awal. Sempat settle apa yang patut. Student yang datang petang tu bukan calang-calang. Semua muka pro. Aku ni bukan reti main sangat pon. Longkang pun kerap juga =="

Setelah settle game petang tu, dapatlah keputusannya. Aku tak terpilih untuk mewakili kontigen kerana perbezaan 1 mata je. But its ok. Aku agak terganggu petang tu sebab serabut fikir benda lain. Walaupun tak terpilih, at least, aku hepi cuz dapat release tension sket dengan main boling with Ben, Fizee, Cik Wan and all juniors ;)

Apa-apa pun, Good Luck for PBU's team. Moga korang dapat naikkan nama PBU. Insha allah :)

0 response:

Post a Comment