Chapit Zulkefli: Selamat pengantin baru!

Monday, January 17, 2011

Selamat pengantin baru!

Berehat sebentar :P
 Assalammualaykum. Yupp~ Bertemu kembali.
So, alhamdulillah. Selesai sudah kenduri kahwin saudara, (paklong aku) :P
Untuk hari perkahwinan ni, beliau dah call aku awal-awal untuk shoot gambar dia,
Dan maka, bergegaslah aku gi mencari kamera yang sepatutnya aku guna untuk shoot wedding beliau (almaklumlah, aku tak berduit nak beli DSLR).
Jutaan ucapan terima kaseh kepada kawan baikku, Ben10 iaitu owner CM Photography kerana sudi meminjamkan sebentar alatan-alatan beliau.
Sepatutnya aku shoot gak untuk majlis pernikahan tu, but atas sebab miss communication, maka aku tak hadir pada sabtu tersebut. Ouh.. Ruginya awok~
Paklong bersama isteri tersayang. Selamat pengantin baru!



Jadi, untuk menggantikan mana keadaan yang terkucil tu, maka pagi tadi (16 Jan) aku bergegas ke rumah beliau untuk escort beliau ke rumah isterinya.
Sampai sana, lek-lek sat sambil pekena teh O berserta donat. Oyeah. tersangatlah heaven dikala pagi yang aku tak sarapan itu (walaupun di rumah paklongku pagi tu aku dah bedal bihun goreng).

So, kami bertolak dari rumah pengantin perempuan pada pukul 12+, kemudiannya sampai di rumah paklongku dalam 1.30 lebih kuranglah kan. Tatkala panas terik tu, ku gagahkan jua memegang serta menghunuskan senjata atas nama tugas dan tanggungjawab. Maka, ini adalah salah 1 dari gambar yang sempat dirakamkan pada waktu kejadian (wtf? ayat xleh belah). Tahniah kepada beliau kerana telah menamatkan zaman bujang beliau pada umur 25 tahun. Dan soalan killer yang paling aku tak leh tahan bila berjumpa sanak saudara tatkala kenduri kendara ialah, "Nadzrul bila lagi? Orang lain semua dah sudah. Lelaki tak baik lambat - lambat kawin". Dan maka, tersedak sebentar ayam masak merah yang sedang dijamah =="

To Paklong : Selamat pengantin baru. Moga panjang umur, murah rezki serta berbahagia selalu hendaknya di samping isteri tersayang. Lepas ni dah tak sunyi dah. Maklumlah, dah berteman. Dan aku? Hehehe.. Terus menanti ;)

7 response:

Sue Hamid said... Best Blogger Tips

uit...ang x mao shoot pic aku lak ka??

Sue Hamid said... Best Blogger Tips

uit...ang x mao shoot pic aku lak ka??

Chapit Zulkefli said... Best Blogger Tips

tak dak hal sue, nanti kita sebut harga :D

Sue Hamid said... Best Blogger Tips

huhuhuhu...cam na 2???

Chapit Zulkefli said... Best Blogger Tips

hang nak mcam mana? :D

Sue Hamid said... Best Blogger Tips

cm na pa???
free nya leh??

Chapit Zulkefli said... Best Blogger Tips

masuk jamban pon 3 kupang sue.. =="

Post a Comment