Chapit Zulkefli: 3 events in a row ;)

Monday, February 28, 2011

3 events in a row ;)

Credits to Syazana Jamaludin
Basmalah ku ucapkan untuk memulakan entry ni. Haa.. Demikianlah 2 hari yang berjaya aku spend untuk benda yang berfaedah di hari Jumaat dan Sabtu tadi. 3 events in a row kott~ Petang tu aku dapat AKJ untuk Semester 3 dulu. Sem 2 aku xdapat cuz banyak main. Tu la. Teruk gila. Sem ni pon dok nampak nak drop lagi. Adeyai. Memang nahas la. Kenapa aku pakai songkok? Hehe.. Ni terus dari rumah ke poli sebab petang tu ada event lagi. Sambutan Maulidur Rasul kat Balik Pulau. Untuk AKJ & majlis sambutan tu aku jugak yang join team photographer ;)
Ceramah Maulidur Rasul di Masjid Simpang 4, Balik Pulau. Disampaikan oleh Ustaz Erfino.
Dah lama benar sebenarnya aku tak dengar ceramah. Zaman waktu di kampung dulu, aku selalu benar dengar bila waktu hari Jumaat. Selalunya akan ada imam membaca kitab. Acap kali bila berkesempatan aku berkunjung awal mendengar. Waktu aku di PLKN dulu, setiap hari Khamis malam Jumaat pasti aku ternanti nanti kedatangannya. Masih terngiang - ngiang di telingaku, suara Ustaz Zamri memberi ceramah dan nasihat kepada semua pelatih ;)

Alhamdulillah, kali ni aku berkesempatan untuk mendengar ceramah dari Ustaz Erfino sambil shoot gambar majlis tersebut. Hehe..
Futsal Piala Pengarah, Politeknik Balik Pulau di Safira Sports Planet.
Oraitt~ Keesokkan harinya aku ke Seberang Jaya. Bas bertolak pukul 7. Yang aku pulak sampai pukul 7.45. Bagus la sangat. tak punctual langsung. Adeyaiiii~ Maaf Cik Mat. Hehehe.. Then, bersama Scania dan juga coaster, kami bertolak ke Safira Sports Planet. Kat sini, aku tak main futsal pon sebab sedia maklum aku memang kaki bangku =____=

Shoot gambar & gambar. Aku takdela pandai pon. Ni pon DSLR pinjam je. Poli punya. Dah ditugaskan untuk shoot, so just jalankan jelah amanah yang diberi.

Sekarang dah pukul 1.22 pagi. Esok ada meeting dengan team JPP 2011. Mesyuarat berkisarkan tentang majlis penyampaian watikah, aktiviti sepanjang tahun 2011 dan juga buletin pertama kami. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Dan entry malam ni ku tulis ditemani siaran Hitz.fm. Hehehe.. Till then, selamat malam ;)

0 response:

Post a Comment