Chapit Zulkefli: Last stop~

Wednesday, February 16, 2011

Last stop~

Ketika sedang merakam video untuk penutup Jom Jelajah versi Cunn! Productions
 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah cuz kali ni, kami dah tamat pon sesi penggambaran dan rakaman semua. Esok dah kena pulangkan balik DSLR dan juga HandyCam yang dipinjam. Yelah, HKM. Hak kerajaan Malaysia. Bukan Harta Keluarga Mu. So, setelah seminggu kami planning dan bergerak kerja, dan perhentian terakhir kami adalah di ZBP atas cadangan rakan - rakan sendiri. (Bukan aku yang paksa or promote burger aku kat diaorang. Nanti ada pulak timbul isu kata aku pergunakan mini projek ni utk promote burger bapak aku). Dalam list kami, kami dah jelajah ke sebelah town sampailah kembali ke Bukit Jambul. So, kami ada Roti Naan dan Nasi Kandar di Kapitan, Ais Kacang di Manaf Nasi Ayam, Teluk Bahang, Pasembor di Anjung Gurney dan yang terakhir ialah Burger di Zul's Burger Penang.
Walaupun hujan, the show must go on!
Dari petang tadi lagi dah aku dok budget mesti hari hujan. Lepas ja kami keluar dari ronda - ronda kat Queensbay, hujan mencurah - curah ke ladang gandum. Haha.. So, pakat rushing la ke stall burger untuk nak shoot dan siapkan kerja terakhir kami. Alhamdulillah. kami sempat siapkan semua walaupun hujan - hujan manja tadi amat bisa. Oyeah. Sampai siap ada kena payungkan lagi. Hehehe..

Oleh yang demikian, tamatlah sudah tugas aku sebagai photographer tangkap muat yang sambilan. Esok, hari pilihanraya kampus di Politeknik Balik Pulau. Kepada semua pelajar, selamat menjalankan tugas anda sebagai seorang pengundi. Sekian, terima kaseh~

p/s: moga cepat sembuh ;)

0 response:

Post a Comment