Chapit Zulkefli: Lets move on~

Thursday, February 24, 2011

Lets move on~

Keputusan Pilihanraya Kampus 2011
Alhamdulillah. Sesi ni aku bertanding lagi untuk pilihanraya kampus dalam Kerusi Umum dan akhirnya berjaya memenangi pilihanraya tersebut. Setelah 1 semester berehat (sebab Latihan Industri, so serah tugas pada NYDP yang terdahulu) pada sesi 2010 - 2011. Dan kali ini, sekali lagi aku dilantik sebagai YDP untuk sesi 2011 -2012. Terima kaseh kepada pengundi yang menzahirkan kepercayaan kalian pada aku melalui undian tersebut. Tanpa kalian, siapalah aku. Dan aku akui, tak banyak beza undian aku dengan calon kedua tertinggi. Agak sengit di situ.

Orait. Berbalik kepada tajuk. Team JPP kali ini adalah dari semester 2 hingga ke semester 6 dan majoritinya adalah Sem 2. So, secara tidak langsung, penglibatan kalian dapat membentuk dan melatih kalian untuk meneruskan legasi di JPP PBU21. Insha Allah. Moga pengalaman yang akan anda perolehi ini dapat membentuk anda menjadi insan yang berkeyakinan tinggi dan pemimpin yang disegani.

Esok, Jumaat, 25 Februari, biasalah. Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang selalu ku nantikan saban minggu. Oh, ya. Esok adalah hari Anugerah Ketua Jabatan. Tadi waktu di dalam kelas Java, Cik K dah berikan aku surat jemputan sebagai penerima AKJ. Alhamdulillah, teringat kembali result ketika di Sem 3 yang tak seberapa. Banyak benar perkara yang berlaku ketika itu. Ya, pengalaman mendewasakan kita. Aku hampir hampir tewas dek ujian yang melanda tapi berkat kesabaran serta semangat yang diberikan oleh rakan - rakan, berjaya juga akhirnya ku harungi.

Tak lupa juga, esok Politeknik Balik Pulau akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul. Aku masih belum punyai info yang lengkap tapi berdasarkan maklumat yang diperolehi, majlis tersebut akan diadakan di Balik Pulau. Kampung halamanku yang hampir berbelasan tahun tidak ku jengah. Barangkali apa khabar orang di sana ya?

Rasanya cukup setakat ini. Tak banyak yang nak ku sampaikan. Semuanya hilang begitu sahaja. Mungkin di lain waktu, aku akan ceritakan lagi di sini.

p/s: Aku tak pernah lupa. Dan aku takkan lupa. :)

0 response:

Post a Comment