Chapit Zulkefli: Pilihanraya Kampus 2011

Wednesday, February 9, 2011

Pilihanraya Kampus 2011

Courtesy of CM Photography & PBU
Tak banyak untuk diperkatakan kali ini. Cuma bercerita tentang Pilihanraya Kampus PBU yang ke 2, sebagai ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Balik Pulau sesi 2011 - 2012. Sebanyak 20 kerusi dipertandingkan, 6 darinya adalah kerusi Majlis Tertinggi dan 14 yang selebihnya adalah kerusi Majlis Exco dan Biro. Setelah pencalonan calon pilihanraya, sebanyak 10 calon yang mendaftarkan diri dengan SPR Pilihanraya Kampus. Tarikh membuang undi dijadualkan pada 16 Februari 2011 iaitu pada hari Rabu.

Selamat berkempen diucapkan pada calon yang bertanding. Bertandinglah dengan cara yang sihat. Moga kalian dapat jalankan tugas dengan penuh dedikasi apabila dipilih oleh para siswa dan siswi. Selamat maju jaya :)

0 response:

Post a Comment