Chapit Zulkefli: Work in progress? Cunn!

Friday, February 11, 2011

Work in progress? Cunn!

Credits to Azlan for the photo.
Alhamdulillah. Petang tadi setelah beberapa halangan yang telah aku dan kawan - kawan tempuhi untuk settlekan kerja - kerja dan tugas yang tertangguh, akhirnya hari ni kami dapat gak outing dengan jayanya untuk mencari bahan untuk siapkan assignment yang tertunggak serta meronda cari bahan untuk mini projek Audio Video Digital kami.

So, kami dah planned siap -siap port untuk dituju. Of course, Penang lah. Mana lagi kan? Jadi, dengan berbekalkan helmet yang dipinjamkan oleh Cik Mieya, maka dengan penuh ranggi serta rancaknya kami merempit ke lokasi - lokasi yang telah di rancang. Hehehe..

Azlan, Izzat, Zaharif : Watching the video that we had record for the mini project.
Waktu on the way to Pak Munawe, eh. Silap. Ketika perjalanan, maka hujan turun rintik - rintik dengan penuh manja dan galaknya. Tanpa berlengah lagi, kami berhenti sebentar makan di Kapitan. Berbekalkan nasi yang bertimbun (Zaharif punya), serta Naan Cheese Set (aku punya) serta Kueh Teow Goreng (Izzat punya), Azlan? Dia minum teh tarik jaaa :D

Ada juga beberapa video di rakam di Kapitan, serta lokasi berdekatan yang bersesuaian. Setelah kenyang makan, kami meneruskan perjalanan ke pelabuhan serta ke Padang Kota. Melepak sat kat situ, amik video dan snap photo. Settle!

Bergerak pulang dan lepak sebentar di Bayan Mutiara. Setelah berbincang dan bermuzakarah, akhirnya Izzat memetik nama produksi (group) kami sebagai Cunn! Productions. Whoaa. Akhirnya. Dapat gak nama group! Dan.. Jumaat adalah test Database serta test System Analysis And Design. Selamat maju jaya rakan - rakanku!

0 response:

Post a Comment