Chapit Zulkefli: Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan JPP Politeknik Balik Pulau 2011

Saturday, March 5, 2011

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan JPP Politeknik Balik Pulau 2011

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Balik Pulau
Alhamdulillah. Selesai sudah majlis yang merupakan kemuncak bagi Pilihanraya Kampus 2011 Politeknik Balik Pulau, iaitu Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan JPP Politeknik Balik Pulau 2011. Dengan itu, Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Balik Pulau telah pun dilantik secara rasminya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Azray kerana sudi memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menguruskan majlis tersebut, tidak dilupakan juga kepada Puan Siti Salamah yang merupakan Pegawai HEP. Ini merupakan kali kedua PBU mengadakan majlis watikah, yang pertamanya pada tahun 2010. Tak banyak bezanya. Cuma barisan JPP telah pun berubah sama sekali dengan kehadiran wajah wajah baru yang bakal menggerakkan aktiviti pelajar di PBU.

Credits to Syazana Jamaludin - Barisan JPP PBU bersama Penasihat JPP, Puan Siti Salamah
Banyak cabaran yang dihadapi untuk menjayakan majlis ini. Sepertimana yang telah diadakan pertama kali dahulu, cuma kali ini lebih menguji kesabaran sebenarnya. Walau bagaimanapun, tahniah saya ucapkan pada kalian kerana memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam melibatkan diri ketika menjalankan tugas. Tidak dinafikan bahawa ini adalah kali pertama bagi anda dalam arena ini. Tapi, dengan prestasi dan komitmen yang telah anda beri memberikan saya keyakinan bahawa kita boleh bergerak dengan lebih maju ke hadapan.

Credits to Syazana Jamaludin - Bersama ahli Majlis Tertinggi : Nizam, penulis dan Syazmie
Boleh dikatakan keseluruhan ahli kali ini merupakan pelajar Semester 2 dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Dan sepertimana yang anda dapat lihat, majoritinya adalah siswi. Jantina, umur mahupun bangsa seseorang itu bukan masalahnya. Yang penting, anda menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Sebagai seorang ahli jawatankuasa, anda merupakan role-model, atau contoh ikutan kepada pelajar yang lain. Andai anda tidak berkelakuan baik, sudah tentu pelajar lain tidak menghormati kita bukan? Demikianlah antaranya isi kandungan ucapan dari Ketua Jabatan, yang mewakili Ketua Eksekutif.

Credits to Syazana Jamaludin - Antara ahli jawatankuasa JPP PBU
Itu sahaja dari saya kali ini. Diharap anda semua dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Bersama - sama kita menggerakkan PBU demi menjamin kesejahteraan kita semua. Semoga dipermudahkan tugas dan tanggungjawab kita hendaknya. Amin.

p/s: It's just a beginning. :)

0 response:

Post a Comment