Chapit Zulkefli: Majlis Jasamu Dikenang

Tuesday, May 24, 2011

Majlis Jasamu Dikenang

Kad Jemputan
Setelah tarikhnya ditetapkan mengikut perancangan rapi oleh PBU, maka pada 20 mei 2011, Jumaat, 16 Jamadilakhir 1432H, bertempat di Restoran Pen Mutiara, Wisma Nelayan, Batu Maung, P. Pinang, satu majlis perpisahan persaraan tuan Pengarah Politeknik Balik Pulau, Majlis Jasamu Dikenang telahpun diadakan.

Tentatif Majlis
Majlis dihadiri oleh seluruh warga PBU yang terdiri dari staff, serta pensyarah dan juga tiga orang wakil pelajar, termasuk saya dan NYDP saya, Mohammad Syazmie serta exco dari Biro Penerbitan dan Seranta, Ahmad Benyamin. Majlis bermula pada pukul 4.30ptg dan berakhir pada 7.30mlm.



Amanat Dari Pengarah
Majlis diserikan dengan bacaan doa, ucapan pengerusi majlis, ucapan wakil pelajar, ketua - ketua unit, dan seterusnya ucapan Pengarah yang dirai. Seterusnya majlis penyampaian cenderahati kepada tuan Pengarah, serta persembahan multimedia - Tribute to Pengarah. Majlis seterusnya diteruskan dengan Makan Malam serta penyampaian hadiah pakaian tercantik berkonsepkan Melayu klasik.

Teks ucapan sbg wakil JPP/Pelajar
Ketika menyampaikan Ucapan - Credits to CM Photography
Pada majlis tersebut,saya telah diminta untuk menyediakan ucapan sebagai mewakili seluruh pelajar PBU amnya serta mewakili barisan JPP PBU sesi 2010/2011. Alhamdulillah, walaupun gementar dan ini kali pertama berucap, semuanya berjalan lancar sepertimana yang diatur dan dirancang. Kepada tuan Pengarah, Selamat Bersara saya ucapkan :)

p/s: Kari Kepala ikan tu memang heaven!

0 response:

Post a Comment