Chapit Zulkefli: Majlis Perasmian Pembukaan MSK Sesi Jun 2011

Wednesday, July 6, 2011

Majlis Perasmian Pembukaan MSK Sesi Jun 2011

Hari ini, 5 Julai 2011 merupakan Majlis Perasmian Pembukaan Minggu Suai Kenal Politeknik Balik Pulau telah pun selamat diadakan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan di sini ada sedikit sebanyak yang saya sempat sertakan untuk tatapan anda semua.

Ucapan Perasmian Pembukaan Minggu Suai Kenal Oleh Timbalan Pengarah PBU.
Majlis dimulakan dengan pelajar mengambil tempat, seterusnya ketibaan Timbalan Pengarah Politeknik Balik Pulau & Ketua - ketua Jabatan. Majlis diserikan dengan bacaan doa dan seterusnya Ucapan Aluan oleh Pengerusi MSK, dan kemuncaknya ialah ucapan Timbalan Pengarah serta seterusnya merasmikan Pembukaan Program MSK Sesi Jun 2011. Setelah nyanyian lagu Politeknik Malaysia dan lagu Negaraku berlansung, majlis bersurai dan hadirin dijemput ke jamuan makan.

Taklimat Perpustakaan
Pelajar seterusnya diberi taklimat ringkas berkenaan perpustakaan, hal ehwal pelajar serta taklimat disiplin.

Slot JPP bersama pelajar baharu. Sesi Riadah dan Permainan.
Pada sesi petang pula, pelajar baharu dikelolakan oleh barisan JPP yang bertugas sepanjang MSK berjalan. Kami telah merancang beberapa permainan serta senamrobik untuk aktiviti riadah pada petang itu. Antara permainan yang dijalankan ialah Senam Seni, serta Permainan Kotak Beracun.

Sesi Kaunseling & LDK
Setelah selesai menikmati makan malam serta solat Maghrib, pelajar berkumpul semula di Dewan M08, dan seterusnya sesi kaunseling dan LDK dijalankan oleh Cik Dalila.

Chicken dance beramai-ramai
Antara aktiviti yang dijalankan ialah slot motivasi, Chicken Dance (selingan), serta persediaan persembahan berkumpulan pada Majlis Penutup MSK Sesi Jun 2011 pada Jumaat ini. Esok merupakan hari ketiga MSK. Antara pengisiannya ialah Program MSK Jabatan (JTMK), Taklimat Kaunseling & Kerjaya serta LDK pada sebelah malamnya. Sayangnya, esok adalah hari terakhir untuk saya bertugas di MSK sebelum bertolak ke Pulau Duyung, Terengganu untuk menghadiri Program Simposium Sekretariat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebangsaan Politeknik KPT 2011 yang akan diadakan di Ri-Yaz Heritage Resort and Spa. Dan saya akan meulakan perjalanan ke sana pada pukul 9.30 malam dari PBU. Insha Allah, moga selamat semuanya. Amin.

0 response:

Post a Comment