Chapit Zulkefli: Simposium Sekretariat Kali Ke - 2, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Tuesday, July 26, 2011

Simposium Sekretariat Kali Ke - 2, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Actually, aku dah lama nak post entry ni but always tak sempat - sempat. Aku pon tak faham kenapa tak sempat mungkin kurang makan ketupat agaknya (ok, literally not funny). So, memandangkan aku cuba curi tulang serta kesepian, meh aku post apa yang aku lakukan sepanjang aku di Pulau Duyung pada 7 Julai - 10 Julai 2011 yang lepas.

Aku sempat menghadirkan diri ke Simposium Sekretariat Kali Ke - 2, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas tiket sebagai wakil pelajar (YDP) beserta dengan ahli Majlis Tertinggi yang lain dari JPP PBU.

Masjid Mukim Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan - Berhenti solat subuh sewaktu perjalanan.
Malam tu ada masalah sikit so kami bertolak dalam pukul 2.30 pagi macam tu then sampai ke Ri-Yaz Herritage Resort & Spa, Pulau Duyung Kuala Terengganu, Terengganu. This is the best part, walaupun penat, after aku & roomate pi check in bilik, whoaaaaaa... Bapak besaq baq ang. Haha.. Luxury siot ha. Tak sangka kami dapat stay selama 4 hari 3 malam kat Royal Suite. Haihhhh.. Memang shempoi baq ang.

Royal Suite Perlis, 2902 - Penginapan selama 4hari 3malam. Fuhh~
Antara kemudahan yang ada :D
Sepanjang 4 hari disana, kami banyak membincangkan tentang hala tuju sekretariat, pembentangan usul untuk diutarakan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi Politeknik serta Sidang Mini Dewan Parlimen. Selain itu kami juga turut terlibat dengan Communities of Practice (CoP), iaitu Khidmat Masyarakat dengan bergotong royong bersama masyarakat setempat di Kg Pulau Duyung.
Ketika sarapan pagi di Marina.
Sewaktu berada di Taman Tamadun Islam, Terengganu berlatarbelakangkan Masjid Kristal
Bersama YDP dari Politeknik Malaysia

Setelah selesai Persidangan Mini Dewan Parlimen Sekretariat JPP Kebangsaan.
Mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian

Untungla masuk paper :P

Alhamdulillah. Semua program berjalan lancar. Kami selamat sampai di Pulau Pinang pada jam 12 pagi, 11 Julai 2011. Apa yang diharapkan dari program ini ialah, semoga apa yang diusulkan, diperbahaskan dan diperjuangkan akan menjadi 1 pemangkin untuk generasi yang akan menerajui JPP dimasa akan datang untuk menjadi lebih bersemangat dalam memperjuangkan kebajikan pelajar serta dapat membantu para pelajar politeknik Malaysia secara amnya untuk belajar dengan lebih selesa dan berkebolehpasaran.

p/s: Berjaya gak teman post entry ni :P

0 response:

Post a Comment