Chapit Zulkefli: Program Transformasi Kepimpinan Pelajar

Friday, July 1, 2011

Program Transformasi Kepimpinan Pelajar

Delegasi PBU ke Program Transformasi Kepimpinan Pelajar, anjuran PSIS.
Pada 26 Jun yang lalu, saya berkesempatan untuk menghadiri Program Transformasi Kepimpinan Pelajar, anjuran PSIS di Homestay Agrotourism Sg.Sireh Tg. Karang. Program tersebut yang berlangsung dari 26hb berakhir pada 30hb Jun 2011. Selama program ini berlangsung, pelajar ditempatkan bersama keluarga angkat untuk merasai suasana kampung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah melawat Bukit Melawati, melihat kelip-kelip di Taman Kelip-Kelip Kg Kuantan dan juga Explorace. Walaubagaimanapun, aktiviti Fear Factor, Kayak, Jungle Tracking, Rewang (gotong royong) Kenduri Aqiqah dan Kenduri Doa Selamat tidak dapat dijalankan atas sebab menghormati kepulangan pengarah PSIS ke rahmatullah, iaitu En Dzulkifli Bin Ismail. Berikut adalah petikan tentang berita tersebut:
Pengarah PSIS Meninggal Dunia
Pemergian Pengarah PSIS.

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Dukacita Dimaklumkan Bahawa Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, En Dzulkifli Bin Ismail Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Beliau Di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor Kira-kira Jam 11.10pagi tadi...
http://www.psis.edu.my/index.php/en/news/umum/738-pengarah-psis-meninggal-dunia
 Al-Fatihah buat beliau.

0 response:

Post a Comment