Chapit Zulkefli: Anugerah Ketua Jabatan Sesi Jun 2011

Thursday, February 16, 2012

Anugerah Ketua Jabatan Sesi Jun 2011

Sesi bergambar bersama Ketua Jabatan - sumber gambar | Sheqin
Salam. Semalam saya berpeluang menghadiri Majlis Anugerah Ketua Jabatan Sesi Jun 2011, Politeknik Balik Pulau yang bertempat di Dewan Utama, PBU. Saya dijemput untuk menghadiri majlis tersebut sebagai penerima anugerah. Alhamdulillah. Segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil. Selama saya melanjutkan pelajaran di politeknik, ini adalah kali ketiga saya memperoleh anugerah ini. Sepertimana objektif majlis ini adalah untuk memberi semangat kepada pelajar untuk terus maju, ternyata objektif tersebut tercapai.

Dan, ini merupakan satu majlis yang mungkin kali terakhir saya akan hadiri kerana saya sudahpun tamat pengajian. Sekarang hanya menanti waktu untuk hari konvo. Tak sabar rasanya. ;)

0 response:

Post a Comment